Mise En Scene adalah salah satu jenama yang dimiliki oleh Amore Pacific Group di Korea Selatan. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1945, khusus khas dalam penyelidikan, pembangunan, pengeluar dan pemborong pelbagai produk kosmetik di negaranya. Oleh kerana kemajuan dan potensi inovasi yang baik, Amore Pacific Group mempunyai reputasi yang tinggi di pasaran antarabangsa.
Produk ini dibuat daripada Mutiara Hitam, Ekstrak Madu, Blueberri dan ekstrak- ekstrak tumbuhan lain yang bersifat merangsangkan kesihatan rambut. Ia mengembalikan semula kelembapan kepada setiap helaian rambut sambil mengukuhkan lagi strukturnya agar lebih kuat dan cantik. Ia mengurangkan keguguran dan kerosakan rambut, sambil menjadikan rambut lebih lembut dan mudah diurus beserta dengan kilauan yang sihat.
Bahan-bahan utama: Mutiara Hitam, Ekstrak Madu, Blueberri
Tempoh Penggunaan: 3 tahun
Negara Asal: Korea Selatan
Sesuai untuk: Semua jenis rambut
Faedah:
1) Mengurangkan Keguguran dan kerosakan rambut
2) Mengekalkan kelembapan rambut
3) Mengukuhkan struktur rambut lebih kuat dan cantik
4) Memulihkan rambut sungguh lembut, licin dan berkilau
Cara Pengunaan:
Basahkan rambut, ambil sejumlah sampo yang sesuai, cuci dan mengurut kulit kepala perlahan-lahan, dan kemudian bilas sehingga bersih.